
1. Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman,"
Hiduplah dengan apa yang kau suka."
2. Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada
lelaki yang bukan muhrim.
3. Perempuan yang memakai kain yang nipis dan jarang untuk menarik
perhatian lelaki bukan muhrim ataumemakai segala yang mendatangkan keghairahan
kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.
4. Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 orang lelaki yang
jahat.
Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah dan rasulNya.
Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yang dikurniakan kepada kita semua.
Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama kerana
merasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut melaungkan persamaan
hak seperti di barat. Ini semua bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yang
bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yang dianugerah kan dengan tugas
kenabian. Memberi harapan dan bimbingan kepada manusia...
WANITA YANG DIMURKAI OLEH ALLAH
Sebagaimana Allah suka dengan wanita yang yang solehah, Allah juga
sangat murka kepada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita
mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebencianNya supaya kita terhindar
dari kemurkaanNya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan
para nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai
anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat.
Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Seorang
wanita yang berkata kepada suaminya, "semoga engkau mendapat kutukan
Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke7 dan mengutuk
pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali
2 jenis makhluk iaitu manusia dan jin."
Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau
membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima
amalannya yang wajib dan sunnatnya. "Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan
bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Kalau seandainya apa yang ada dibumi ini
merupakan emas dan perak serta dibawa oleh seorang wanita ke rumah suaminya.
Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh, "engkau ini siapa?
Semua harta ini milikku dan engkau tidak punya harta apa pun." Maka
hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak.
Nabi s.a.w adalah seorang yang sangat kasih pada ummatnya dan
terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azab Allah. Beliau menghadapi
segala rupa penderitaan, kesakitan , keletihan dan tekanan. Begitu juga air
mata dan darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya
terhadap kita. Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yang wajar berusaha untuk
menyelamatkan diri kita, keluarga kita dan seluruh ummat baginda. Sebagai
penutup ikutilah kisah seterusnya ini sebagai iktibar bagi kita.
Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah
berkunjung kerumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya
kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah? "Beliau
menjawab, "pada malam aku di Isra'kan kelangit, daku melihat orang sedang
mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku
menangis." Saya bertanya lagi,"wahai Rasulullah apakah yang tuan
lihat?" Beliau bersabda:
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya
mendidih.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut
dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik
punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang kekerongkongnya.
4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah
ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.
5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak
api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari
neraka.
7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang
darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya
membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan kaldai
yangmendapat berjuta jenis siksaan.
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, "Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepada ku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."Rasulullah s.a.w bersabda, "Wahai Fatimah, ada pun tentang :
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga
rambutnya (dijilbab) di kalangan lelaki.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati
suaminya dengan kata
3. Kemudian Nabi s.a.w bersabda: "Tidak seorang wanita yang
menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatnya
mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya
dibelakang lehernya.
4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia
menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana
dia keluar rumah
tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh dan nifas.
6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka
bersolek untuk dilihat lelaki lain serta sukamembicarakan keaiban orang.
7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting
dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) di kalangan orang
yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang
jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.
8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke
ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu
mengerjakan solat dan puasa. Tetapi diatidak mahu berwudhuk dan tidak solat
serta tidak mahu mandi wajib.
9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya
seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta
berdusta.
10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli
fitnah serta suka marah-marah pada suaminya. Dan ada di antara isteri nabi-nabi
yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk.
Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik di zaman itu. Diantara sifat
buruk mereka:
1. Isteri Nabi Nuh suka mengejek dan mengutuk suaminya.
2. Isteri nabi Lut suka bertandang ke rumah orang.
Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkankebaikan dan
meninggalkan keburukan. Kalau kita tidakberasa takut atau rasa perlu berubah...
maka kita kenakhuatir .Takut kita tergolong dalam mereka yang tidak
diberi petunjuk oleh Allah. Nauzubillahi min zalik.