·
Harta yang paling untung ..SABAR
·
Teman yang paling akrab..AMAL
·
Pengawal yang paling waspada..DIAM
·
Bahasa yang paling indah SENYUM
·
Orang yang paling MANIS,
·
Orang yang menghulurkan senyuman dengan IKHLAS kerana salain sedekah,
Senyum
itu ibarat lukisan rahsia hati & senyum itu tidak menyakitkan tetapi
menjadi penawar hati yang sakit.
|
Alhamdulillah,
bersyukur ke hadrat Ilahi, sebagai perkongsian rohani kita
Apa
khabar dengan IMAN? Bagaimana pula dengan SYAHADAH? Masih ISLAM kah kita?
Semoga diri saya serta kita semua sentiasa memperbaharui syahadah dan masih
lagi menjaga serta mengekalkan kalimah 'Laillaha illallah' dalam diri setiap
Muslim.
Sudah
agak lama rasanya saya ingin berkongsi mengenai isu ketawa ini. Puas mencari
dan menelaah mengenai KETAWA DALAM ISLAM. Namun, ada kaitankah
dengan erti PENGORBANAN sempena Aidil Adha ini?
Teringat
kata-kata seorang sahabat selepas ditegur untuk kurangkan ketawa dalam
'meeting' dan terus serious memikirkan hal ummah, apabila melihat situasi masa
yang sudah melebihi hadnya, "elehhh.. korbanlah masa tu sikit.
pengorbanankan..." Namun, yang menjadi tanda tanya dalam diri saya,
"adakah masa yang dikorbankan itu berkualiti, apabila dihabiskan dengan
banyak ketawa?"
Kajian
demi kajian dilakukan mengenai konsep ketawa dalam Islam ini. Pelbagai sumber
yang diambil sebagai perkongsian kita kali ini.
HUKUM
KETAWA
Menurut
Dr Yusof Qardhawi, "Sesungguhnya, tertawa itu termasuk tabiat
manusia. Binatang tidak dapat tertawa kerana tertawa itu datang setelah
memahami dan mengetahui ucapan yang didengar atau sikap dari gerakan yang
dilihat, sehingga ia tertawa kerananya." Melihat kepada
pendapat di atas, hukum tertawa adalah boleh. Islam tidak melarang
seseorang itu untuk berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa.
Renungkanlah
ayat dalam Al Quran yang berbunyi..
Surah
An-Najm
Watadhakoona
wala tabkoon
Serta kamu
tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan
kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)?
Waantum
samidoon
Sedang kamu adalah
orang-orang yang sombong angkuh, lagi yang melalaikan kewajipan?
Fasjudoo
lillahi waAAbudoo
Oleh yang
demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran
itu), dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid).
CARA NABI
SAW BERGURAU
Nabi
Muhammad SAW pernah bergurau dengan seorang wanita tua. Wanita tersebut meminta
Nabi doakannya supaya beliau dimasukkan ke syurga. Kemudian, Baginda menjawab,
"Wahai
ibu. Sesungguhnya, orang tua tidak masuk ke dalam syurga."
Selepas
mendengar jawapan daripada Rasulullah, wanita tua itu segera pulang ke rumah
dan menangis. Kemudian, Baginda bersabda,
أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أترابا
Maksudnya
: Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan
masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman, "Sesungguhnya kami menciptakan
wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam
keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya."
(Hadis
Tirmizi dan al-Baihaqi - sanad hasan)
Abu
Hurairah telah meriwayatkan : Para sahabat berkata "Wahai Rasulullah.
Sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami." Baginda menjawab,
نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا
Maksunya
: Ya, aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan yang benar.
(Hadis
Trimizi dan Ahmad, sanad Ahmad)
CARA NABI
KETAWA
- Dengan
cara melontarkan senyuman yang menarik.
- Tidak tertawa,
kecuali apabila berhubung dengan kebenaran.
- Tidak
berlebihan dalam tertawanya hingga tubuh bergoyang-goyang atau tubuh miring
atau hingga terlihat langit-langit Baginda.
- Bukan
berupa hal yang sia-sia, atau permainan semata-mata atau hanya sekadar untuk
mengisi waktu lapang.
* Ada
riwayat yang meunujukkan bahawa kebanyakan ketawa Baginda ialah dengan
tersenyum, dan apabila Baginda ketawa, Baginda ketawa seperti embun yang
dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang menyebut bahawa Rasulullah ketawa
dengan tidak menunjukkan gigi.
ETIKA
BERGURAU SENDA
Dr Yusof
Qardhawi telah mengariskan lima etika dalam bergurau senda :
1) Tidak
menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.
Nabi SAW
bersabda,
ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له.
Maksudnya
: Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa.
Celakalah dia dan celakalah dia!!!
2)
Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan
oleh orang tersebut.
Allah telah
berfiman dalam surah al-Hujurat, ayat 11, "Wahai orang-orang yang beriman.
Janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina
lebih baik daripada orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita lain,
kemungkinan wanita yang dihina lebih baik daripada wanita yang menghina.."
Nabi juga
ada bersabda,
بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ
Maksudnya
: Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya
seMuslim.
(Hadis Muslim
- sahih)
Penghinaan
itu juga termasuk cara seseorang itu meniru perbuatan orang lain. (sabah :
mengolok-ngolok).
Saidatina
Aisyah RA berkata, "Aku telah meniru perbuatan seorang manusia."
Lalu, Baginda bersabda,
ما أحب أني حكيت أحدا
Maksudnya
: Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.
(Hadis
Ahmad dan Baihaqi - sanad sahih)
3)
Melawak yang tidak menakutkan orang lain.
Nukman
bin Basyir RA berkata, "Sesungguhnya, kami bersama Rasulullah SAW dalam
satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki
yang lain mengambil anak panah dari busurnya, dan mengejutkan lelaki yang
mengantuk itu, menyebabkan dia terperanjat." Rasulullah SAW bersabda,
لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا
Maksudnya
: Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.
(Hadis
Thabrani - sahih)
Nabi
bersabda,
لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا
Maksudnya
: Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seIslamnya dengan niat
melawak atau betul-betul.
(Hadis
Ahmad - sahih)
4) Janganlah
melawak di tempat yang serious dan janganlah serious di tempat yang melawak.
Dalam
Islam, ada tiga perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan
melawak. Nabi SAW bersabda,
ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق
Maksudnya
: Tiga perkara yang mana diambil hukumnya samada dalam keadaan melawak atau
serious iaitu nikah, cerai dan membebaskan hamba.
(Hadis
Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah - sanad hasan)
Sesungguhnya,
Allah telah mencela orang-orang musyrikin yang ketawa ketika mendengar bacaan
al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah an-Najm, ayat 59-61,
Afamin hazha alhadeeshi ta’jaboon
Maka patutkah kamu merasa hairan
terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)?
Watadhakoona wala tabkoon
Serta kamu tertawa
(mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu
serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)?
Waantum samidoon
Sedang kamu adalah orang-orang
yang sombong angkuh, lagi yang melalaikan kewajipan?
5)
Hendaklah melawak sekadar yang perlu dan tidak berlebihan.
Nabi SAW
bersabda,
وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ
Maksudnya
: "Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh
mematikan hati."
(Hadis Ahmad dan Ibnu Majah - sanad hasan)
Saidina
Ali RA juga pernah berkata, "Masukkan lawak dalam kata-kata sekadar kamu
memasukkan garam dalam makanan kamu."
*Rujukan : Tafsir Sobuni , sahih muslim,
Mawahib al-Laduniah bi syarh asSyamail alMuhammadiah oleh syeikh sulaiman Jamal
dan Feqhul Lahwi wat Tarwih oleh Dr Yusuf Qardawi.
Dari
segi Ibadah
-Merupakan
sedekah.
- Memberi
kesan berseri dan optimis.
- Penawar
bagi rohani, ubat bagi jiwa dan ketenanganbagi sanubari yang penat berusaha dan
bekerja (Sheikh Aidh al-Qarni)
- Tanda
kemurahan hati (Sheikh Aidh al-Qarni)
-
Menunjukkan kebahagian
Jadi,
jelaslah, dalam Islam, boleh berhibur dan boleh juga ketawa. Namun, perlu
mengikut syariat yang telah ditetapkan. Sewajarnya, Nabi Muhammad SAW, kekasih
Allah SWT dijadikan idola atau qudwah dalam kehidupan kita. Semua perlakuan
Baginda itu cukup dapat mengingatkan umat Islam selaku pendakwah, bahawa
gurauan ketawa itu cuma amalan untuk mengurangi ketegangan jiwa. Namun, tidak
bererti kita boleh berhibur secara keterlaluan.
Hassan
Al-Banna telah menyusun dan merintis
semula mengenai isu ini dengan meletakkan suatu pesanan yang sangat berguna
kepada para dai'e dan setiap Muslim yang beriltizam dengan agama Islam ini.
Beliau tidak meletakkan hukum 'haram' dalam gurauan dan ketawa. Namun, beliau
seperti Baginda SAW dan Saidina Ali RA, telah menyeru dan memperbaharui seruan
melalui wasiatnya supaya umat Islam ini kurangkan bergurau dan lebihkan
amalan dan tindakan. Hal ini disebabkan, dengan banyak ketawa atau
gurauan, dapat menyebabkan hati dan fikiran 'mati' daripada memikirkan nasib
dan permasalahan ummah yang menderita akibat terus-terusan dijajah.
Namun
begitu, jika kita terus-terusan hidup dalam keadaan tegang, hal ini akan
menyebabkan kerungsingan, kerisauan, yang akhirnya akan mengundang kesan yang
parah ke dalam jiwa. Maka, sikap yang terbaik dalam hal ini adalah dengan kita
banyak mewakafkan masa kita untuk memikirkan serta menyusun strategi bagi
menyelesaikan apa-apa permasalahan ummah. Selebihnya, saki baki waktu itu dapat
diluangkan untuk merehatkan jiwa, hati dan fikiran kita setelah penat belajar
atau bekerja seharian.
Seandainya
masa dan alam kehidupan dapat dipecahkan secara peratusan, maka boleh
diandaikan bahawa masa untuk berfikir mengenai ummah perlulah tinggi
peratusannya berbanding masa untuk bergelak ketawa. Menurut Yahya bin Muadz
ar-Razi, ada empat perkara yang akan menghilangkan tawa di bibir
seorang Mukmin iaitu :
1) Kerana
memikirkan akhirat.
2) Kesibukan
mencari keperluan hidup.
3) Risau
memikirkan dosa.
4)Apabila
tibanya musibah dan bala.
Islam
memberi peringatan kepada umatnya bahawa semakin kuat hilai dan tawa seseorang
itu, semakin hampir iblis dan syaitan sambil tertawa terbahak-bahak menari-nari
untuk melalaikannya. Maka, kita perlulah memasang benteng ketika bergelak
ketawa kerana perbuatan itu akan mengundang kepada bahaya :
1) Dicela
oleh ulama dan orang yang sopan serta sempurna akal.
2)
Memberanikan orang bodoh kepadanya.
3) Jika
bodoh, akan bertambah kebodohannya, jika alim akan berkurang ilmunya kerana
orang yang alim yang tertawa beerti telah memuntahkan ilmunya.
4)
Melupakan dosa-dosa lalu.
5)
Melupakan mati dan akhirat.
6) Berani
berbuat dosa kerana apabila tertawa nescaya akan membekukan hati.
7)
Menanggung dosa orang yang tertawa kerana ketawakan kita.
8) Akan
banyak menangis di akhirat.
Saya rasa
setakat ini dahulu coretan saya. Harap, kita sama-sama dapat mengambil
pengajaran daripada artikel kali ini. Betulkah kita berkorban masa dengan
sebenar-benarnya? Betulkah masa yang dikorbankan itu, bermanfaat kepada diri,
agama, masyarakat dan ummah? Renung-renungkanlah.
Akhir
kalam, saya sudahi dengan kalimah,
Wassalam...